Saturday, September 21, 2019

TIPS FILING INTERVIEW 2019


Assalamualaikum,, Hari ni Azzah nak share cara susun file untuk pergi interview. Actually Azzah dapat idea ni pun dari Facebook jugak. Tapi dah tak ingat siapa share. Anyway Terima kasih bagi idea best ni. 
By the way Azzah rasa susunan file sangat penting tau. why? sebab interviewer tak kenal kita, tak tahu background kita, tak tahu apa pun pasal diri kita. 
 Jadi pendapat Azzah lah, kita kene susun fail kita dengan teratur supaya interviewer tahu flow hidup dan pencapaian kita dengan mudah. 
Semudah tengok fail, sbb itu lah first impression dia terhadap background hidup kita kan. hehehe. 
Ok la hope dapat membantu korg interview nanti. Good Luck!
sebelum masuk interview tu, luangkan lah masa baca surah Al-Mulk, Al waqiah dan surah Ar rahman ;)













Sunday, August 18, 2019

INTERVIEW JAWATAN GURU KANAN MP OGOS 2019

Hai Assalamualaikum..Setelah sekian lama.. haha
Azzah nak share satu pengalaman dimana Azzah telah dipanggil untuk temuduga jawatan Guru Kanan Matapelajaran (GK) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada awal Ogos 2019

Actually sangat nervous. Sebab last year 2018 baru naik DG44. so now by age 31, Azzah dah mohon jawatan GK.
salah satu sebab Azzah mohon pun kerana ingin timba pengalaman bagaimana ditemuduga bagi jawatan ini. 

Ok masa pagi tu, baca lah surah yasin, almulk dan alwaqiah dulu semoga semua urusan Allah permudahkan.

interview jam 9 pagi. tapi jam 7.30 Azzah dh ada di SPA sana. kalau lah solat pun awal waktu cmni kan bagus, huhu (#deep)

Anyway masa kami dh naik bilik temuduga, kami telah di brief secara ringkas mengenai temuduga ini.

ia dijalankan secara berkumpulan. dan untuk kumpulan Azzah ada 7 orang guru pemohon bersama 2 orang panel. masa yang diperuntukkan 2 jam per sesi. 

Masa masuk tu.. memang nervous. and as expected Azzah lah guru paling muda yang memohon jawatan ini. hehe

panel sangat baik dan memahami. huhu. siap bagi Azzah peluang jawab soalan. since Azzah cm impressed dengan jawapan pemohon lain sampai Azzah  lupa jawab soalan. ahhahaha. 

cikgu lain yang memohon sangat banyak sumbangan dalam bidang sains. siap masuk peringkat kebangsaan, masuk TV and so on. 
mana tak impressed kan. huhu

btw antara soalan dia,
1. pengenalan diri
2. jika diberi peluang jdi GK, apakah KPI
3. apakah maksud kepimpinan
4. rate ICT 
5. Jika diberi jawatan ni, sanggup pindah ke tak.

macam mudahkan soalan. hahaha tp sbb x banyak sumbangan Azzah nervous gle sepanjang 2 jam. hahhahaha

boleh mohon tahun depan pulak ye. hehehe

So kat sini, azzah nak share tips susun fail sijil yang azzah buat
Dan apakah kriteria yang diperlukan untuk mohon jawatan GK ini. 

Stay tune!




Saturday, February 09, 2019

IDOLA WANITA SOLEHAH CIKGU AZZAH ZAKIAH 2019



ADAB DALAM BERDOA KEPADA ALLAH


ADAB DALAM BERDOA KEPADA ALLAH

Ya Allah,
Kau Tuhanku,  
Tiada Tuhan melainkan kau wahai Allah,
Kau ciptakan aku wahai Allah,
Dan aku ni hamba kau wahai Allah,
Dan aku tergolong dalam perjanjian aku dengan kau wahai Allah,
Aku berlindung daripada dosa-dosa aku terhadap kau wahai Allah,
Aku mengaku akan segala nikmat-nikmat yang engkau bagi pada aku wahai Allah,
Dan aku mengaku akan seluruh dosa aku………….
Ya Allah……………………………..
Ampunkan dosa aku………………………….


Friday, February 08, 2019

MY 1 ST TIME BUAT PERSONAL BLOG. HEHE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. My name is Cikgu Azzah Zakiah Binti Md Salleh. hehe 

Ok, sy just bahasakan diri saya, azzah la ye. hehe

see dah lama sangat azzah teringin nak buat blog untuk diri sendiri.  (padahal azzah dah jadi admin blog sekolah since 2016) 

Now umur dh masuk 3 series malas dah nk update social media.. like fb insta semua. hahaha. cam wasted je. korg pun sama ke x eh?

Bumi kata pergi, kubur kata mari. huhu

So plan azzah utk blog ni, azzah nak share bidang kerja azzah sepanjang 8 tahun berkhidmat sebagai seorang cikgu. 
Nov 2018, azzah dah naik pangkat DG44. Alhamdulillah


Saja lah nk share, 
Azzah ni bdk PTS dulu hehe,
so umur 11tahun dah ambil UPSR,
Umur 14 dah ambil PMR, dan Umur 16 tahun dah ambil SPM.
So 17 dh masuk matriks
umur 18-22 masuk UTM Skudai dan telah dapat Ijazah Sarjana Muda Sains pada umur 22 tahun. huhu

Alhamdulillah sbb dapat fast track. walaupun tak setanding Hasbullah (kawan sekolah PTS gak) dia ni super genius. now dia dah dpt PHD dan dah jadi DR Hasbullah. Tahniah kawan. huhu

So sambung balik, dalam umur 22 tahun gak, dalam bulan Oktober azzah dah dapat posting kat Melaka. 
Ok la 3 tahun kat sana, Azzah mintak pindah KL.
Masa kat Kl ni lah, azzah berazam nk berubah nak jadi guru yang bagus dan cemerlang. Dan azzah pun ada impian untuk menjadi Guru cemerlang seterusnya jadi Ketua Panitia, Guru Kanan MP/ Ketua Bidang, Penolong Kanan dan Pengetua.
Berangan kan percuma. hehe

Apa impian korg 5, 10 tahun akan datang? Boleh la share. hehehe

Btw this year, 2019 azzah dah dilantik jadi Ketua Panitia. 
hahaha teka panitia ape? huhu
Panitia Sivik dan kewarganegaraan.
Ramai pelik asal sivik lak, padahal azzah ni ajar Sains Ting 4&5 25 waktu. huhu. Now dah jadi ketua panitia sivik, kene lah ajar sivik 2 masa. So 2019, azzah kene ajar 27 waktu/ 35 min per waktu= 945 

Dan next year tu, azza jadi Ketua Panitia Sains pula 😃😁

Azzah sangat berterima kasih kepada Pengetua sekolah azzah, sbb memberi kepercayaan utk azzah jadi Ketua Panitia. hehe ok la, buat kenal-kenal dulu jawatan ni kan. hahahaha


Ni gambar azzah dapat APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. *(tahun ke4 di sekolah KL). Alhamdulillah
Azzah doakan korg pn dapat APC nanti. Aminnnnnnnnnnnn


Btw, ni lah sedikit sebanyak pasal diri azzah, kita sambung next time tau. hehehe. Bye! 

JADI GURU KANAN SAINS MATEMATIK 2021!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua HAI! End of December 2020, Azzah dapat surat kenaikan pangkat jadi Guru Kanan Sains Math di sal...