Sunday, August 18, 2019

INTERVIEW JAWATAN GURU KANAN MP OGOS 2019

Hai Assalamualaikum..Setelah sekian lama.. haha
Azzah nak share satu pengalaman dimana Azzah telah dipanggil untuk temuduga jawatan Guru Kanan Matapelajaran (GK) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada awal Ogos 2019

Actually sangat nervous. Sebab last year 2018 baru naik DG44. so now by age 31, Azzah dah mohon jawatan GK.
salah satu sebab Azzah mohon pun kerana ingin timba pengalaman bagaimana ditemuduga bagi jawatan ini. 

Ok masa pagi tu, baca lah surah yasin, almulk dan alwaqiah dulu semoga semua urusan Allah permudahkan.

interview jam 9 pagi. tapi jam 7.30 Azzah dh ada di SPA sana. kalau lah solat pun awal waktu cmni kan bagus, huhu (#deep)

Anyway masa kami dh naik bilik temuduga, kami telah di brief secara ringkas mengenai temuduga ini.

ia dijalankan secara berkumpulan. dan untuk kumpulan Azzah ada 7 orang guru pemohon bersama 2 orang panel. masa yang diperuntukkan 2 jam per sesi. 

Masa masuk tu.. memang nervous. and as expected Azzah lah guru paling muda yang memohon jawatan ini. hehe

panel sangat baik dan memahami. huhu. siap bagi Azzah peluang jawab soalan. since Azzah cm impressed dengan jawapan pemohon lain sampai Azzah  lupa jawab soalan. ahhahaha. 

cikgu lain yang memohon sangat banyak sumbangan dalam bidang sains. siap masuk peringkat kebangsaan, masuk TV and so on. 
mana tak impressed kan. huhu

btw antara soalan dia,
1. pengenalan diri
2. jika diberi peluang jdi GK, apakah KPI
3. apakah maksud kepimpinan
4. rate ICT 
5. Jika diberi jawatan ni, sanggup pindah ke tak.

macam mudahkan soalan. hahaha tp sbb x banyak sumbangan Azzah nervous gle sepanjang 2 jam. hahhahaha

boleh mohon tahun depan pulak ye. hehehe

So kat sini, azzah nak share tips susun fail sijil yang azzah buat
Dan apakah kriteria yang diperlukan untuk mohon jawatan GK ini. 

Stay tune!




JADI GURU KANAN SAINS MATEMATIK 2021!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua HAI! End of December 2020, Azzah dapat surat kenaikan pangkat jadi Guru Kanan Sains Math di sal...